Saturday, January 30, 2010

Brain Testing...


I Am Here To Brain Test You Does It Moving Or Not...??

Valentine's Day !!

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

oleh :

Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (Panel Penulis Luar Jakim),
Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

Tarikh : 11 Februari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan
Editor : PRO JAKIM

Tahukah Anda Telah & Sedang Dibunuh? pt 1

Blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) kali ini ingin mengajak anda terus membuka mata anda seluas-luasnya. Saya lebih suka untuk men’general’kan isu ini turut kepada Non Muslim, kerana Islam bukanlah musuh anda tetapi Yahudi! Untuk kali ini, saya ingin memberi tahu kepada anda semua bahawa Gerakan Yahudi Illuminati telah pun MENGISHTIHARKAN PERANG ke atas umat Islam khususnya dan masyarakat bukan yahudi amnya (Goyim). Di Malaysia, Jordan, Singapura, Thailand, Indonesia, China, Korea dan banyak lagi telah dan sedang mereka perangi.


Mungkin anda bangun dan keluar dari rumah untuk melihat suasana persekitaran. Adakah terdapat kesan peperangan? Anda mungkin kata saya tipu. Tidak, saya tidak tipu. Anda tidak perlu keluar rumah. Cukup kesannya terdapat di dalam rumah anda. Anda perlu tahu, bahawa anda sedang diBUNUH oleh mereka. Sekali lagi anda kata saya tipu. Saya kata saya tidak suka menipu.


Tinggalkan dua perenggan di atas dan jom ikut saya terjah ke dalam bilik mandi anda dan dapur anda.


Sekali lagi anda tertanya-tanya: "Tak de pun yang rosak, tadi kata si Yahudi dah ishtihar perang”. Janganlah berfikir seperti itu wahai sahabat-sahabat sekalian. Sekali lagi saya katakan yang saya memang tidak suka menipu orang.


Sememangnya peperangan ini tidak akan merosakkan perkakasan mandi, dapur ruang tamu kesayangan anda tersebut, anda tidak perlu melihat kepada material tersebut, tapi apa yang anda perlu lihat ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan anda sekarang. Apa yang ada?


Serius
Sahabat pembaca sekalian, anda dan saya setiap pagi memberus gigi, untuk membersihkan dari sebarang kuman, menghilangkan bau mulut dan memutihkan gigi anda. Setiap hari anda minum air yang keluar dari saluran paip yang disambungkan terus ke rumah anda. Anda juga makan setiap hari. Perasankah anda yang kita sedang dibunuh? kenapa saya katakan begitu? Jom lihat di bawah ini.
(air minuman)
(ubat gigi)
Anda selalu gunakan ia pada setiap pagi, petang dan malam. Tiga kali sehari. Anda seharusnya tahu, bahawa ini salah satu PEMBUNUH anda. “kenape pulak?”. Mari saya buktikan.


Fluorida
Satu buku yang di tulis oleh Dr. George Waldbott (M.D) bertajuk ‘Fluoridation The Great Dilemma’ menunjukkan bahawa kimia ‘inorganic’ fluorin (bukan organik) adalah satu bahan yang sangat aktif dan ganas seperti inorganik klorin dan bromine. Fluorine bertindak balas dengan sebatian yang lain bagi menghasilkan florida.

Menurut Dr. Walbott, sebab utama bagi kenaikan kadar kerosakan gigi (dental caries) ialah kerana kenaikan kadar mengkonsumsi gula dan karbohidrat. Orang Eskimo dan orang Red Indian di Amerika yang tidak banyak makan gula dan karbohidrat tidak mengalami sebarang kerosakan gigi. Kadar ini terus meningkat pada tahun 1940 dan tahun-tahun selepasnya sehingga tahun 1950 di kalangan rakyat Amerika biasa. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Awam U.S mencadangkan supaya bahan kimia sodium fluoride dimasukkan ke dalam air paip sebagai satu tindakan untuk mencegah kerosakan gigi. Macam-macam teori dikemukan untuk menyokong kebaikan fluorida sebagai bahan yang membantu mengurangkan penyakit gigi. Tetapi Dr. Waldbott juga mengemukakan pendapat bahawa fluorida boleh menyebabkan gigi menjadi merah (mottled) yang dinamakan dental fluorosis jika kadar kandungan fluorida yang dimakan menjadi tinggi.



Kajian juga menunjukkan fluorida juga bukan merupakan satu bahan pemakanan (nutrient) malah ia adalah bahan toksik yang boleh merosakkan gigi dan fungsi-fungsi tertentu di dalam badan.


Kajian juga mengatakan fluorida bukan bahan bagi kesihatan yang diperlukan manusia. Dalam buku ‘Your Water & Your Health’, Dr Allan Banik (1990) memetik makalah daripada ‘The Milwankee Journal’, Selasa 8 Jun 1971 yang menyatakan:


Jangan memikir bahawa masalah penyakit anda itu anggapan sahaja. Ramai yang diberitahu oleh doktor-doktor mereka bahawa penyakit mereka adalah disebabkan urat saraf. Yang sebenarnya bahan kimia Fluorida boleh menyebabkan penyakit urat saraf dan yang lain seperti lesu, rasa sengal-sengal, penyakit buah pinggang, sembelit, muntah kerana lendir, pening, penyakit gusi, gelisah, keguguran rambut, penyakit kulit, penyakit perut, ulser mulut dan gangguan kebolehan melihat. Jika tanda-tanda penyakit itu hilang, anda boleh percaya bahan fluorida dalam air (dan bahan-bahan lain termasuk ubat gigi)lah yang menyebabkan masalah anda. Jenis air yang selamat ialah air suling.
Kajian juga telah dibuat oleh Dr. John Yiamouyiannis dari International Institue of Dental Research USA yang memeriksa seramai 40,000 orang kanak-kanak daripada 84 tempat di Amerika Syarikat. Beliau membuat kesimpulan seperti berikut: “tidak ada perbezaan yang signifikan (significant) dari segi kadar kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak yang datang dari daerah yang dimasukkan fluorida di dalam airnya dengan kanak-kanak yang datang dari daerah yang tidak dimasukkan fluorida di dalam air mereka”.


Edward Griffin, dalam bukunya ‘World Without Cancer’, negara Jerman Barat mengharamkan pengfluoridaan airnya pada 4 Januari 1971, Sweden pada 18 November 1971, Mahkamah tinggi Netherland mengishtiharkan pengfluoridaan haram pada 22 Jun 1973.


“Ada yang tidak kena, kerana sementara agensi ‘Food & Drug Administration (FDA) berperang menentang pemakanan vitamin, laetrile dan kulit aprikot, mereka mengesahkan pengfluoridaan dalam air yang kita minum!”-Griffin.



Jom kita lihat apa yang dikatakan oleh sainstis ini:
1. Paavo Airola (1992) dalam bukunya “Every Woman Book”.
“fluoridation of public water supplies will one day be looked upon not only as quasi-scientific nonsense, but a flagarant crime against humanity”.
pengfluoridaan pembekalan air awam akan suatu hari nanti dipandang sebagai bukan sahaja satu sains-samaran yang dongeng, tetapi satu jenayah yang nyata menentang manusia.
2. Dr Allen Banik (1981) dalam bukunya “The Choice Is Clear”
Pemfluoridaan pembekalan air awam adalah satu jenayah yang tidak bertoleransi, tidak saintifik dan satu peperangan kimia. Nasib baik, penyulingan air boleh mengeluarkan fluorida yang membawa maut ini.
ALUMINIUM & BAHAN SISA FLOURIDA

Tahukan anda bahawa flourida adalah salah satu jenis (hasil) buangan daripada Company of America (ALCOA). Pengflouridaan air telahpun disokong kuat oleh syarikat ini bagi menyelesaikan masalah bahan-bahan sisa daripada industri aluminium, pembersihan minyak dan kilang baja tiruan fosfat. Di samping itu, terdapat pula beberapa pendapat bahawa penggunaan bekas aluminium untuk memasak boleh membahayakan kesihatan.


Apa kata Cyril Scott dalam bukunya ‘Health, Diet and Common Sense’:
Aluminium dalam bekas masak boleh bertindak balas dengan asid organik khasnya apabila garam (sodium Klorida) digunakan dalam masakan. Penyakit perut boleh terjadi akibat bekas Alumium.
Mark Bricklin dalam bukunya ‘Natural Healing’:
Paras aluminium dalam darah naik dua kali ganda jika anda makan ‘antacid’ mengandungi aluminium. Aluminium tersebut tersimpan dengan sendirinya di dalam organ termasuk otak, yang boleh menyebabkan kelemahan pemikiran. Beberapa ahli sains percaya bahawa aluminium dengan kuantiti yang tinggi dalam sel otak adalah penyebabkan ‘senility’ (lemah minda). Rujuk Gastroenterology 1979